December 11, 2011

Gibraltar

Musim Bunga 2011


Pengembaraan empat saudara mencari ibrah di bumi andalusia menemukan mereka dengan Jabal Thoriq, kota berputiknya kegemilangan tamadun Islam Hispana..



Pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Malaga. Tanpa melengahkan masa, kami terus mendapatkan kunci kereta di kaunter Sixt.

Habla Espana con Ibrohim


Pemeriksaan terakhir sebelum memulakan perjalanan


Unta merangkap hostel -  Si Abyadh


(12) وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْفُلْكِ وَالْأَنْعَامِ مَا تَرْكَبُونَ
Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, 

تَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ
  (13) وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: " Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya 

 (14) وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Az-Zukhruf 43 : 12,13,14


pilot : Bro

co-pilot : Danial

le me.

Right-side driveway. Yang tak cukup confidence DILARANG mencuba. Anda mampu mengubahnya.


GIBRALTAR ???

Gibraltar adalah teritori British yang terletak di semenanjung Iberia. Nama Gibraltar berasal daripada nama Bahasa Arab iaitu Jabal Tariq (جبل طارق), yang membawa maksud Gunung Tariq. Tariq, adalah merujuk kepada seorang jeneral kerajaan Islam Bani Umayyah berketurunan Barbar Afrika, iaitu Tariq ibn Ziyad.

Tariq ibn Ziyad


Isnin, 3 Mei 711 Masihi. Tariq mengetuai 70 000 pasukannya menyeberangi lautan ke daratan Eropah dengan menaiki kapal. Setibanya mereka di pantai wilayah Sepanyol, beliau mengumpulkan bala tenteranya di sebuah bukit , yang kini dikenali sebagai Jabal Tariq. 

Lalu dia memerintahkan pasukannya agar membakar kesemua armada kapal yang mereka miliki.

Dengan perasaan yang cemas, pasukannya bertanya, "Jika kapal-kapal kita dimusnahkan. bagaimana kita akan pulang?"

Sambil menghunuskan pedangnya, Tariq menjawab, "Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Hanya dua pilihan bagi kita - menakhluki negeri ini atau kita semua syahid!"

"Ke mana lagi akan kalian lari? Di belakang kalian itu lautan, dan di hadapan kalian adanya pasukan musuh. Demi Allah, pada saat ini yang menjadi milik kalian hanyalah keberanian dan kesabaran"




Perjalanan dari Malaga ke Gibraltar memakan masa lebih kurang dua jam. Selepas meletakkan Si Abyadh di sebuah kawasan parkir berbayar, kami melangkah masuk ke Gibraltar. Kenapa tak bawa Si Abyadh sekali? Sebab - insurans kereta Sixt hanya cover di wilayah Sepanyol sahaja, dan Gibraltar adalah kawasan British. Lagipun queue kereta nak masuk Gibraltar, masyaAllah... Dan lebih baik berjalan kaki sebab kalau naik kereta banyak pulak urusan di pintu masuk ke Gibraltar tu. Boleh memakan masa berjam-jam just nak lepas sempadan ja. 

Ok yang paling menakutkan, adalah runway kapal terbang Gibraltar. Kita kena cross runway ni sebaik sahaja melalui pintu masuk Gibraltar. Sebelum cross tu kita kena tengok dulu traffic light yang disediakan..dan memang aku tengok kiri kanan atas bawah tiga empat kali, pastu baru jalan laju-laju... Maunya ada kapal terbang take off / landing, syahid beb..

hampeh betoi crossing ni.. pastikan anda check traffic light sebelum melintas

Akhirnya sampai juga di kota Jabal Tariq ni. First Impression? Sebijik macam Pulau Pinang! Hahaha.. Mana tidaknya, geografinya dikelilingi laut. Sempit, sesak dan dipenuhi pangsapuri-pangsapuri. Ekonominya berasaskan pelancongan dan shipping (selain servis kewangan dan permainan internet) Pastu boleh pulak ada kereta kabel, macam Bukit Bendera. Ada juga kubu-kubu dan meriam-meriam lama di sekitar bandar. Tak lupa beruk-beruk dan botanical garden :-)

Pasemboq ja takdak!!

Cassamates Square - Medan Selera

Main Street - shopping

Ini bukan Francis Light

Gibraltar Museum

South Port Gates


Alameda - The Botanical Garden

Adab masyarakat setempat menahan bas di Gibraltar

Masjid Raja Fahd ibn Abdul Aziz dari Saud

Chandelier - inferior aspect

Europa Point

Serius rasa nak terjun.. tapi tak tau nak naik balik kot mana..

Europa Point


Gibraltar's Light House

Banyak lagi tarikan-tarikan di Gibraltar, tetapi yang paling signifikan adalah The Rock of Gibraltar. Bukit ini telah menjadi rebutan kuasa-kuasa yang ingin menakhluki Sepanyol, kerana geografinya yang strategik sebagai benteng pertahanan semulajadi, dan juga sistem terowong-terowong rahsia. Kini, bukit batu ini adalah hak milik mahkota United Kingdom di bawah perjanjian Utrecht 1713.

The Rock of Gibraltar

Dah puas pusing-pusing Gibraltar, kami berangkat meninggalkan kota bukit batu ni. Kepada para pengunjung page yang berhajat untuk berkunjung ke Gibraltar, berikut adalah beberapa perkongsian daripada penulis:

  • Dengan perancangan yang mantop, anda boleh cover Gibraltar dalam masa satu hari sahaja
  • Jangan melawat pada hari Ahad - banyak kedai-kedai dan servis-servis yang tutup
  • Insist on payments with Euro/GBP, jangan menukarkan matawang kepada Pound Gibraltar - nilainya rendah dan hanya boleh digunakan di Gibraltar
  • Cara termudah untuk memasuki Gibraltar adalah dengan berjalan kaki, kemudian menaiki bas untuk mengunjungi tarikan-tarikan di sini.
  • Dapatkan peta Gibraltar dan bus route di Tourist Information Center (Cassamates Square) 
  • Singgah di Masjid Raja Fadh untuk mendapatkan maklumat lokasi restoran makanan halal daripada penduduk tempatan
  • Beruk-beruk Gibraltar tidak jinak!


Sekian, terima kasih.





7 comments:

eryusa said...

menarik...tertarik....pi bila nih?nway,tahniah dah ada blog...mmg sgt2 puas hati bca entry nih!

sab_123 said...

yat.!!!makteh baru abih baca buku Tariq bin Ziad , novel sejarah Islam...memang teringin nak tengok Jabal Thariq...700 tahun Islam memerintah di Andalusia...

Hidayat Ghozali said...

ni musim bunga 2011.. dalam bulan Mac/April :-)
mantop la makteh, sejak bila baca?

terima kasih di atas sokongan anda.
InsyaAllah yat akan terus sharing kat blog ni.. singgah2 & komen selalu noh.. hehe

nabilah_yunus said...

nice nice :)

buku Tariq bin Ziyad memang best! rasa mcm pernah baca.

semua pics nampak smart. buat orang teringin nak pergi andalusia!

sejak bila ada blog? haha. teruskan meng-update!

Hidayat Ghozali said...

haha lama dah ada, sekarang baru nak serius ber-blogging. terima lasih ayong, pls visit & leave some thoughts selalu ok? =)

sab_123 said...

sorry ..tertinggai ketapi...ingat yat tengah tour sambil berblog..yat tak pi turki ka nanti..dalam buku sultan muhammad al fateh ada ceta pasai kubur abu ayub al ansari ....sahabat nabi yang nak dikuburkan di kota Constantine. masa tu Islam belum tawan lagi kota tu...
bila Sultan tu dah tawan , depa cari balik kubur tu dan jumpa..

sab_123 said...

mak teh baru beli dan baca buku Thariq bin Ziad dalam bulan 12 ni..